Wednesday, 30 March 2011

baca dan renungkan

Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang , janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu . kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik baiknya . janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku . dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang . jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu , kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut . dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik . kecualilah jika perhubungan tersebut tidak boleh diselamatkan lagi , maka barulah kita mulakan sekali lagi . maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas .


maka bersyukurlah dengan kasih sayang yang kau terima pada hari ini , kerana jika kau meninggalkannya , mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sedia kala .


-BY MIMIY-

No comments:

Post a Comment